Kelas Asas ICT Komputer

7 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Disember 2023, Kelas Asas ICT Komputer telah diadakan. Kelas ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan komponen komputer serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam komputer serta dibimbing cara untuk menggunakan tools yang terdapat dalam setiap aplikasi.

Program yang berlangsung sekitar jam 10.00 pagi dan berlangsung selama 1 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer dan tayangan video Penyebaran Maklumat Palsu. Kelas tamat pada sekitar pukul 11.00 pagi. Kehadiran adalah seramai seorang peserta daripada Kampung Rajang, Belawai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali